Jurnal yang pertama, pengkaji lebih
melihat akan hubungan komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan kerja,
prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja di sebuah
Institut Pengajian Tinggi Awam. Dalam kajian ini, hubungan jenis komunikasi (komunikasi
ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah) dengan kepuasan kerja,
prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi juga dikaji dengan lebih
mendalam.
Permasalahan yang biasa dihadapi dalam
sesebuah organisasi ialah bagaimana mendorong pekerja untuk bekerja dengan
lebih produktif dan meningkatkan kepuasan serta prestasi kerja dikalangan
pekerja. Dengan itu, pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak
pengurusan dalam proses rekrutmen, pemilihan, penempatan dan melatih pekerja.
Kajian Pincus (1986) dan Jablin (1979) menunjukkan hubungan positif antara
jenis komunikasi dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Kajian Robert
O’Reilly (1974, dalam Anatol et.al., 1981) menunjukkan terdapat hubungan
negatif dengan kepuasan kerja. Dalam kajian-kajian tersebut menjelaskan
komunikasi dalam organisasi melibatkan setiap anggota dalam organisasi, maka
komunikasi dalam organisasi akan mempengaruhi kepuasan kerja setiap pekerja.
Apabila merujuk terhadap kajian-kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati
masih ada percanggahan tentang sebab dan akibat di antara proses komunikasi
dengan kepuasan kerja. Percanggahan pendapat kajian-kajian lepas
ini telah menggalakkan pengkaji menjalankan kajian ini ke atas hubungan di
antara proses komunikasi dengan kepuasan kerja.
Banyak hasil kajian telah membuktikan
bahawa komunikasi mempunyai hubungan dan pengaruh ke atas kepuasan kerja
(Mushinsky, 1977) dan prestasi individu dan organisasi (Down & Hain, 1981,
Winter 1980:Jenkin 1977; Jain 1973). Hasil kajian menunjukkan semakin erat
hubungan antara penyelia & pekerja, semakin tinggi kepuasan pekerja
(Alexander, Helms & Wilkin 1989; Richmond, Wagner & McCrosky 1983;
Plunkett 1982; Goldhaber 1979; Falcione, Daly & Mc Crosky 1977; Muchinsky
1977; Falcione 1974a, 1974b).
Secara definisi operasi, prestasi kerja
di organisasi kajian dinilai dari segi kehadiran, penglibatan, kecekapan,
kepimpinan, tanggungjawab dan sebagainya. Penilaian prestasi pekerja sama ada
mempunyai prestasi tinggi atau rendah adalah berdasarkan jumlah markah yang
diperolehi daripada soal selidik penilaian prestasi yang diadaptasikan daripada
soal selidik yang direka oleh Fatimahwati Halim dan Iran Herman (1997). Sebagai
definisi operasi dalam konteks kajian ini komitmen organisasi diukur berdasarkan
tahap komitmen pekerja terhadap organisasi tempat ia bekerja. Darjah atau tahap
komitmen kepada organisasi ini diukur dengan menggunakan alat yang direkacipta oleh
Porter and Smith (1970, dlm. Mowday et al. 1982). Alat ini dikenali sebagai Organizational
Commitment Questionaire (OCQ) yang mengandungi 15 item iaitu 9 item positif
dan 6 item negatif.
Dalam kedua-dua jurnal
kajian ini, hubungan
jenis komunikasi (komunikasi ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke
bawah) dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi
telah dikaji dengan lebih mendalam. Ini dapat dilihat, jenis komunikasi yang
dikaji lebih menjurus kepada Teori Pengurusan Klasik (Henri Fayol’s Theory of Classical Management). Dalam teori ini,
elemen yang diterapkan ialah perancangan, penyusunan, arahan, koordinasi dan
kawalan. Di mana teori ini juga meletakkan enam prinsip pengurusan iaitu,
scalar chain, unity of command, unity of direction, division of labor, order
dan span of control. Scalar chain,
ialah prinsip yang mencadangkan organisasi harus disusun dalam keadaan vertical
dan komunikasi pula harus dihadkan kepada aliran berbentuk vertical (aliran ke
atas dan ke bawah berdasarkan carta organisasi). Unity of command pula mencadangkan kakitangan sepatutnya diarah
untuk melaksanakan sesuatu tugas oleh hanya seorang penyelia, manakala, unity of direction, aktiviti-aktiviti
yang mempunyai matlamat yang sama harus diletakkan di bawah penyeliaan seorang
penyelia. Seterusnya, division of labor
ialah matlamat hanya boleh dicapai jika kakitangan organisasi diberi tugas yang
terhad dari segi pengkhususan kerja.order pula, mencadangkan supaya terdapat
tempoh pelantikan bagi setiap kakitangan dan tugas dalam organisasi. Terakhir, span of control ialah di mana peranan
seorang pengurus akan menjadi lebih berkesan jika mereka hanya mengawal
sebilangan kakitangan sahaja. Fayol secara umumnya mencadangkan bilangan 20-30
orang kakitangan pada pengurusan tahap pertama dan orang kakitangan bagi
pengurusan yg lebih atas.
Dalam organisasi klasik, komunikasi tentang tugas kurang dititik beratkan. Ciri-ciri komunikasi dalam konteks pengurusan organisasi klasik dapat dilihat dari segi arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan stail komunikasi.
Dalam organisasi klasik, komunikasi tentang tugas kurang dititik beratkan. Ciri-ciri komunikasi dalam konteks pengurusan organisasi klasik dapat dilihat dari segi arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan stail komunikasi.
Arah aliran komunikasi dalam teori ini
yg paling mustahak ialah aliran vertikal (mendatar) mengikut aliran hierarki.
Kebanyakan proses komunikasi ialah komunikasi ke bawah dalam bentuk arahan dan
peraturan. Hanya terdapat sedikit maklum balas daripada pihak pengurusan
atasan. Walau bagaimanapun Fayol membenarkan sedikit fleksibiliti dari segi
komunikasi horizontal.
Saluran komunikasi. Pelbagai saluran
boleh digunakan untuk berkomunikasi misalnya saluran bersemuka, saluran
bertulis dan juga melalui perantara seperti berkomunikasi melalui telefon dan
komputer. Teori klasik mengandaikan bahawa saluran bertulis merupakan saluran
yang paling kerap digunakan. Ringkasnya, penekanan kepada peraturan dan
prosedur yang jelas bagi membolehkan organisasi berfungsi dengan berkesan
membolehkan kita mengandaikan pergantungan yg besar kepada komunikasi berbentuk
tulisan dalam bentuk arahan, penyataan misi,peraturan dan penilaian prestasi.
Seterusnya, gaya komunikasi, stail
komunikasi lebih kepada bentuk formal. Misalnya, penggunaan pangkat atau
gelaran bagi membezakan kakitangan pengurusan dan kakitangan bawahan. Pemilihan
perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa yang standard juga merupakan ciri
komunikasi dalam pendekatan klasik.
Akhirnya dapatlah dirumuskan
bahawa proses komunikasi iaitu komunikasi ke atas, komunikasi ke bawah dan
komunikasi mendatar adalah merupakan sebahagian daripada aspek asas psikologi
yang penting untuk dikaji kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan perlakuan
individu dalam organisasi. Amat penting untuk organisasi untuk melihat tentang
proses-proses komunikasi yang bersesuaian untuk di beri perhatian bagi
meningkatkan lagi kepuasan kerja, prestasi kerja dan tahap komitmen kepada
organisasi di kalangan pekerja. Kajian ini juga dapat membentuk organisasi
mengenalpasti masalah dan memahami hubungan manusia dan kemanusiaan di tempat
kerja dan seterusnya dapat membantu organisasi membentuk hubungan positif
dengan pekerja bagi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.