Filem yang ingin saya ulaskan pada kali ini adalah filem yang bertajuk Mat Moto Otai. Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan empat sahabat mencecah usia 40-an yang dahulunya menggilai dunia permotoran. Mereka merindui aktiviti itu tetapi keinginan tersekat sejak berkeluarga. Mereka akhirnya kembali berjinak-jinak bergelar mat motor dan berlagak seperti anak muda kerana diabaikan isteri masing-masing yang sibuk dengan kerjaya dan aktiviti sosial. Filem ini telah dibintangi oleh para pelakon yang terdiri dari Ahmad Idham Nadzri, Datuk Eizlan Yusof, Opie Zami, Cat Farish, Elvina Mohamad, Sasha Saidin, Jue Aziz, Maznah Zulkifli, Wan Sharmila.
Pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang berguna telah diterjemahkan
kepada setiap golongan masyarakat yang menonton. Watak sebagai seorang bapa
yang bertanggungjawab terhadap anak-anak yang sangup berkorban nyawa demi
menyelamatkan anak mereka dari terjerumus dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
bermoral telah berjaya ditonjolkan oleh para pelakon yang memainkan watak ini
sekali gus memberi kesedaran dan manfaat yang berguna dan contoh teladan yang baik kepada
setiap golongan masyarakat, Selain itu filem ini juga telah menerapakan
elemen-elemen lawak jenaka dan telah berjaya membuat para penonton tidak kering
gusi apabila melihat gelagat para pelakon walaupun pada hakikatnya tidak semua
pelakon yang melakonkan watak ini mempunyai bakat dalam berjenaka,akan tetapi
para pelakon telah menampilkan kelainan pada lakonan mereka kali ini. Beberapa
elemen kejutan telah berjaya diciptakan oleh pengarah filem ini sehingga tidak
terjangka di kotak pemikiran para penonton yang menonton di antaranya adalah aksi-aksi
perlumbaan yang di lakukan oleh para pelakon dengan menunggang motosikal dalam had
kelajuan yang tinggi. Jenis-jenis kenderaan yang digunakan semasa menjayakan filem
ini juga sudah tidak lagi berada di pasaran pada masa kini kerana kenderaan
jenis itu sangat terhad untuk dimiliki oleh setiap penggemar motosikal klasik
yang berkuasa tinggi. Akan tetapi pihak produksi berjaya mengumpulkan
sebilangan motosikal tersebut dalam keadaan rupa bentuk dan kondusi enjin yang
masih lagi berada di tahap terbaik.
Akan tetapi masih terdapat beberapa kelemahan dari
aspek penggunaan bahasa rojak yang digunakan semasa filem ini ketika disiarkan.
Ini kerana pengarah filem tidak memandang serius tentang penggunaan bahasa yang
digunakan kerana sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pemikiran para penonton bawah
umur yang menontonnya, kesannya penonton di bawah umur ini akan terikut-ikut
gaya percakapan dan penyampaian yang di lakukan para pelakon. Selain dari aspek
penggunaan bahasa, kelemahan dari segi jalan penceritaan yang tidak lengkap dan
kurang menarik juga jelas terpapar dalam penghasilan filem ini di antaranya
adalah bab yang menceritakan tentang perihal rumahtangga mereka dari segi
layanan oleh isteri dan anak-anak yang tidak sempurna sehingga menyebabkan
kempat-empat mereka ini memilih cara hidup sebagai orang yang ingin
kembali semula ke zaman muda demi mengisi kekosongan dan mencari keseronakan
serta kebahagian di luar sana bersama raka-rakan yang senasib dengannya. Hanya
beberapa adegan sahaja yang menceritakan tentang kehidupan berkeluarga yang
dipaparkan dalam filem ini sehingga para penonton tidak berapa jelas untuk
memahami permasalahan hidup berkeluarga yang di hadapi oleh keempat-empat
mereka ini.
Bukan itu sahaja, lokasi yang digunakan dalam penghasilan
filem ini hanya tertumpu di kawasan yang sama di mana lokasi yang digunakan bapa
mereka ketika menghabiskan masa yang terluang duduk dan berbincang bersama
rakan-rakan mereka turut digunakan oleh anak-anak mereka untuk duduk dan
berpeleseran bersama rakan-rakan. Ini menunjukkan seolah-olah tiada lagi lokasi
menarik yang boleh dipaparkan kepada
masyarakat umum dalam penghasilan filem ini, sekali gus filem ini juga di ketagorikan
gagal untuk mempromosikan kepada penonton luar negara yang menonton filem ini
mengenai keindahan dan kepelbagaian tempat dan kawasan-kawasan menarik yang ada
di Malaysia. Watak pelokon tambahan yang melakonkan filem ini khususnya watak
sebagai wanita penggoda menampakan kelemahan di mana mereka kurang berdialog semasa
memainkan watak mereka. Pelakon tambahan itu juga nampak kaku seolah-olah
sebagai pelengkap sahaja dalam memenuhi jalan cerita yang hendak dipaparkan
sekali gus tidak menunjukkan realiti dalam kehidupan sebenar sebagai seorang
wanita penggoda.
Kesimpulan dan pandangan yang boleh saya berikan di dalam penceritaan ini
adalah,tidak sepatutnya cerita ini dilabelkan sebagai kategori filem, ini
kerana tahap dalam penghasilan filem ini hanyalah sesuai dipaparkan sebagai peringkat
drama sahaja yang boleh disiarkan di kaca televisyen bukan di peringkat filem untuk dipertontonkan di pawagam-pawagam di serata
Malaysia. Ini kerana kualiti filem ini tidak begitu setanding untuk dilabelkan
sebagai filem demi menjaga kualti dan standart filem Malaysia pada masa akan datang.
Saya sarankan pihak produksi sepatutnya lebih menitik beratkan kualiti
berbanding mengaut keuntungan semata-mata ini kerana para penonton inginkan
kepuasan ketika menonton setiap filem yang di paparkan di pawagam-pawagam di Malaysia.
Akan tetapi keseluruhan jalan cerita ini tidaklah begitu teruk sebaliknya perlu
ada penambah baikan yang rapi sebelum menghasilkan filem ini.
No comments:
Post a Comment